Komen Terkini

Monday, October 19, 2009

MAKLUMAT PENTING PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA


(sehingga 17 Oktober, 2009)

  1. Latar Belakang
    1. Berdasarkan kepada resolusi seminar kepimpinan Kimaragang yang diadakan pada 29.08.2009, satu deklarasi penting bagi bangsa Kimaragang telah dirangka. Deklarasi itu dikenali sebagai Deklarasi Trongsoko adalah dijadikan asas untuk menetapkan halatuju perjuangan bangsa Kimragang.
    2. Bagi memudahkan perlaksanaan deklarasi penting itu, sebuah pertubuhan. Melalui mesyuarat Jawatankuasa Perlaksana Deklarasi Trongsoko di Wilayah Persekutuan Labuan dalam bulan 1-3 Mei 2009, Pertubuhan Kimaragang diasaskan.
    3. Pertubuhan Kimaragang Malaysia diluluskan Sijil pendaftaran pada 10 September, 2009

  1. Definisi
    1. Pertubuhan Kimaragang Malaysia ialah pertubuhan sukarela bertaraf nasional yang diasaskan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta yang memperjuangkan keperluan bangsa secara menyeluruh supaya bangsa ini menjadi bangsa yang majul
  2. Prinsip-prinsip
    1. Kebangsaan Kimaragang
    2. Internasionalisme Kimaragang
    3. Permuafakatan dan perwakilan Kimaragang
    4. Kesetiaan Kimaragang
    5. Kesejahteraan Kimaragang

  1. Nilai-nilai Utama
    1. Kreativiti, Inovasi, dan Produktiviti

  1. Piagam Pelanggan
    1. Memudahcara perolehan keperluan Kimaragang

  1. Slogan
    1. Transformasi

  1. Visi
    1. Bangsa Kimaragang bersatupadu, maju dan menarik

i. Bersatupadu membawa makna bahawa semua lapisan masyarakat terutamanya golongan terpelajar, bijak pandai dan pegawai kerajaan bersatupadu berfikir dan bertindak bagi kemajuan bangsa ini.

ii. Maju pula membawa makna bangsa Kimaragang menikmati kemajuan dari semua aspek seperti infrastruktur, pendidikan, kesihatan, politik, pertanian, kebudayaan, kesenian, dan pelancongan.

iii. Menarik membawa maksud dunia mengiktiraf keunikan-keunikan bangsa Kimaragang.

  1. Misi
    1. Memberi perkhidmatan mewujudkan mekanisma-mekanisma pengurusan bangsa Kimaragang.
    2. Mengekalkan warisan bangsa Kimaragang
    3. Melakukan penyelidikan dan pembangunan bangsa Kimaragang
    4. Menganjurkan latihan dan pembangunan bangsa Kimarangang
    5. Memudahcara perolehan keperluan-keperluan bangsa Kimaragang
    6. Meningkatkan imej bangsa Kimaragang
    7. Membangunkan kepimpinan bangsa Kimaragang

  1. Matlamat Utama
    1. Mengukuhkan persefahaman dan persaudaraan bangsa Kimaragang kearah kemakmuran Malaysia
    2. Melahirkan usahawan bangsa Kimaragang yang berdaya saing untuk menyumbang kepada ekonomi Negara
    3. Mempertahankan warisan bangsa Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang
    4. Mengangkat bangsa Kimaragang ke tahap minda kelas pertama supaya dapat bersaing dalam arus perdana pembangunan Negara.

  1. Fungsi
    1. Penentuan halatuju Bangsa Kimaragang
    2. Perpaduan bangsa Kimaragang

  1. Fokus Perjuangan Semasa
    1. Memperkasakan bangsa Kimaragang

  1. Penggerak-penggerak Utama Semasa
    1. Penasihat: Y. Bhg Tuan Abdul Latiff Kandok
    2. Presiden: Haji Janathan Kandok
    3. Timbalan Presiden: Dr. Jurin Gunsalam
    4. Naib Presiden: Jason Majimal
    5. Setausaha: Jafree Dangus
    6. Bendahari: Rozan Zulkifle
    7. Penolong Setiausaha: Jairon Maiba
    8. AJK:

i. Christopher Mandut

ii. Johan Jonathan Kajul

iii. Rhonny Dominik

iv. Azlee Makibin

v. Hairon Jackson

vi. David Meja

vii. Herman Ukon

viii. Guss Kambuyuan

  1. Pendekatan mencapai visi
    1. Pembangunan bangsa Kimaragang terancang dan berkesinambungan

  1. Proses
    1. Menganalisis persekitaran
    2. Menganalisis dalaman
    3. Menterjemaah analisis dalam bentuk pelan strategik bangsa Kimaragang
    4. Melaksana pelan strategik
    5. Mengawal perlaksanaan pelan strategik
    6. Menilai pencapaian pelan strategik

  1. Mekanisme pentadbiran

i. Mekanisme dalaman

1. Mesyuarat Agong

2. Mesyuarat Agong Luar Biasa

3. Mesyuarat bulanan Majlis tertinggi

4. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

5. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana

ii. Mekanisme Perhubungan Awam

1. Blog-Blog Kimaragang

2. Website Kimaragang

3. Akhbar Kimaragang

4. Sidang media

5. Kunjungan hormat

6. Majlis-majlis sosial

  1. kepentingan
    1. Mengangkat pemikiran bijak pandai bangsa Kimaragang yang berorientasikan tranformasi sebagai perjuangan untuk kepentingan Negara.

  1. kumpulan sasar
    1. Seluruh bangsa Kimaragang di Malaysia

  1. Lain-lain Maklumat
    1. Keahlian

i. Terbuka kepada warganegara Malaysia bangsa Kimaragang berumur 18 tahun dan ke atas

    1. Kimaragang

i. Kimaragang adalah merujuk kepada bangsa Kimaragang dari sub-etnik Dusun yang sebahagian besar mendiami Tandek dan Pitas. Dianggarkan berjumlah sekitar 100,000 orang

  1. Penutup
    1. Pertubuhan Kimaragang Malaysia mempunyai sistem, pemimpin, focus, dan pejuang yang tepat yang boleh mengangkat martabat bangsa Kimaragang.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online